AGENDA

Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei tempah tempat ke separuh akhir

10 Jan 2025, 11:43 AM
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei tempah tempat ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Beberapa jam selepas pasangan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025, pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula mengikuti jejak mereka hasil persembahan cemerlang pada suku akhir di sini hari ini.

Tang Jie-Ee Wei yang menentang Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun memukau ribuan penyokong di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini dengan permainan agresif dari awal untuk memastikan kemenangan dominan 21-11 dalam set pertama.

Pada set kedua, pilihan ketiga itu beralih ke gear lebih tinggi dan melonjak dengan kelebihan tujuh mata iaitu 12-5 dan akhirnya memastikan kemenangan ketiga berturut-turut menentang pasangan bukan pilihan itu 21-18, dalam masa 36 minit.

Keputusan hari ini bermakna pasangan nombor lima dunia itu mara ke separuh akhir pertama mereka pada Terbuka Malaysia setelah pencapaian terbaik mereka adalah pada edisi 2023 selepas mereka tumbang kepada Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerrattanachai dari Thailand 19-21, 9-21 di peringkat suku akhir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619