AGENDA

Sistem kesihatan Gaza di bawah ancaman serius, WHO desak hentikan serangan ke atas hospital

30 Dis 2024, 11:45 AM
Sistem kesihatan Gaza di bawah ancaman serius, WHO desak hentikan serangan ke atas hospital

RAMALLAH, 30 DIS: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin berkata bahawa "sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam ancaman serius," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Hentikan serangan ke atas hospital. Penduduk Gaza memerlukan akses kepada rawatan kesihatan, dan petugas kemanusiaan memerlukan akses untuk memberikan bantuan kesihatan," katanya.

Tedros turut mendedahkan bahawa Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang oleh tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.

WHO dengan kerjasama rakan-rakannya, telah menghantar bekalan perubatan penting, makanan, dan air ke Hospital Indonesia.

Sepuluh pesakit dalam keadaan kritikal dipindahkan ke Hospital Al-Shifa, namun empat daripada mereka telah ditahan oleh tentera Israel semasa proses pemindahan.

Beliau mendesak pihak berkuasa penjajah untuk menghormati keperluan dan hak kesihatan para pesakit itu.

Selain itu, Tedros turut meminta pembebasan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safia.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sejak bermulanya pencerobohan pada 7 Okt 2023, kira-kira 1,060 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza terbunuh, lebih 310 lagi ditahan, ratusan cedera, dan kira-kira 130 ambulans dimusnahkan.

Serangan ke atas infrastruktur perubatan telah menghalang orang awam daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan asas.

Pertubuhan-pertubuhan PBB juga memberi amaran bahawa jumlah bekalan perubatan yang memasuki Gaza tidak mencukupi untuk menyokong respons kesihatan.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619