AGENDA

Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000

30 Dis 2024, 7:42 AM
Suri rumah didakwa bantu sembunyi wang RM170,000

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Seorang suri rumah warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang wanita berjumlah RM170,000.

Jariton Sa’adiah Buhari, 63, didakwa menolong menyembunyikan atau mengalihkan wang RM170,000 milik Chia Min Min, 48, yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik tertuduh di sebuah restoran di sini, antara 14 Feb hingga 8 Mac lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah kerana dia yang tidak bekerja merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 5 Feb tahun depan untuk sebutan kes.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619