AGENDA

Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta

27 Dis 2024, 7:22 AM
Polis Serdang lupus barang kes bernilai RM1.8 juta

SERDANG, 27 DIS: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, rokok dan mesin simulator bernilai RM1.8 juta.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. Anbalagan berkata ia terdiri 353,400 unit barang kes membabitkan 336 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2016 hingga 2023.

“Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 168 unit komputer riba, 59 unit tablet, 32 modem dan router, 14 mesin simulator dan 612 lain-lain unit barang kes manakala barangan kontraban pula terdiri 352,515 kotak pelbagai jenama rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media berhubung pelupusan barang kes peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini hari ini yang turut dihadiri Hakim Mahkamah Seksyen Petaling Jaya Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Anbalagan berkata pelupusan itu dijalankan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN D207) dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 407A Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan mengatasi masalah ruang simpanan barang kes yang mendatang,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619