SELANGOR

Calon N.43 Sementa selesai tunai tanggungjawab

9 Mei 2018, 7:29 AM
Calon N.43 Sementa selesai tunai tanggungjawab
Calon N.43 Sementa selesai tunai tanggungjawab

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 9 MEI: Calon N.43 Sementa, Dr Daroyah Alwi selesai menunaikan tanggungjawab beliau membuang undi di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Beliau mengenakan baju kurung biru muda seakan warna bendera Pakatan Harapan (PAKATAN) itu turut mendapat perhatian pengundi di daerah berkenaan.

Daroyah berkata, beliau bangga apabila ada segelintir pihak yang mengenalinya walaupun beliau bukan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ.

"Sedang saya beratur, ada beberapa pengundi di belakang dan hadapan saya menyapa dan mahu berswafoto.

"Pada masa sama, saya amat teruja apabila melihat sangat ramai orang keluar mengundi dan sanggup beratur di tengah panas," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, semoga dengan kehadiran ramai pengundi itu dapat mengubah kerajaan sedia ada pada masa kini.

"Sebelum anda membuang undi, fikirlah yang terbaik demi masa depan anak cucu cicit kita pada masa akan datang," katanya.

Seusai sahaja membuang undi, Daroyah terus bergerak ke beberapa daerah mengundi yang lain untuk menyantuni pengundi di DUN beliau bersama jentera kempennya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619