AGENDA

Banjir di Lipis pulih sepenuhnya, dua pusat pemindahan sementara ditutup

26 Dis 2024, 5:40 AM
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya, dua pusat pemindahan sementara ditutup

KUANTAN, 26 DIS: Banjir di daerah Lipis pulih sepenuhnya selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 89 mangsa daripada 28 keluarga ditutup tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Lipis memaklumkan, mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.

“Cuaca baik, namun penduduk, terutamanya di kawasan rendah berisiko banjir, dinasihatkan berhati-hati, berwaspada, dan mematuhi arahan pihak berkuasa, memandangkan negara masih dalam tempoh Monsun Timur Laut,” menurut kenyataan itu.

Banjir di Lipis dipercayai berpunca dari limpahan sungai dari Raub yang menyebabkan beberapa rumah ditenggelami air paras peha semalam, memaksa penduduk berpindah ke PPS tengah hari semalam.

Pagi tadi, banjir di Raub pulih apabila semua mangsa dibenarkan pulang sekitar pukul 8 pagi tadi, menjadikan kedua-dua daerah, Lipis dan Raub, pulih sepenuhnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619