AGENDA

Kemalangan lori, tiga kenderaan, trafik sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora

22 Dis 2024, 1:36 PM
Kemalangan lori, tiga kenderaan, trafik sesak lebih lima kilometer dari Ipoh ke Terowong Menora

IPOH, 22 DIS: Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 264.4 (arah utara) Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Terowong Menora menyebabkan aliran trafik sesak lebih lima kilometer hari ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di laman sosial X menggunakan akaun @plustrafik memaklumkan kemalangan pada 5.52 petang itu menyebabkan kesemua lorong menghala ke utara terhalang dan aliran trafik tidak bergerak.

PLUS turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi, selain menggunakan laluan alternatif.

"Pastikan semua langkah berjaga-jaga diambil dan semoga selamat sampai ke destinasi," menurut kenyataan itu.

Menurut PLUS, aliran trafik terhenti sepanjang 6.5 km akibat kerja-kerja pengalihan yang dijalankan setakat 7.20 malam.

Bagaimanapun, PLUS memaklumkan insiden berkenaan berjaya diselesaikan pada 7.35 malam dengan semua lorong telah dibuka manakala aliran trafik masih perlahan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619