EXCO

Insentif buru ikan asing sepanjang Disember, tawar RM1 setiap kilogram

20 Dis 2024, 3:00 PM
Insentif buru ikan asing sepanjang Disember, tawar RM1 setiap kilogram
Insentif buru ikan asing sepanjang Disember, tawar RM1 setiap kilogram

SHAH ALAM, 20 DIS: Program tangkapan ikan bandar raya (pleco) diteruskan pada hujung minggu ini susulan kejayaan siri pertama mengurangkan populasi ikan asing yang diadakan pada September lalu.

EXCO pertanian berkata program memburu ikan pemangsa yang menawarkan insentif RM1 bagi setiap kilogram diadakan setiap Sabtu dan Ahad di anak Sungai Kuyoh, dekat Seri Kembangan, sepanjang Disember.

“Ini adalah usaha Kerajaan Negeri bagi menjaga kelestarian dan ekosistem di perairan sungai kita dari dijajah ikan asing,” kata Ir Izham Hashim di Facebook.

Sepanjang September lalu, program berkenaan dilaksana di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Langat. Program julung kali itu mendaratkan 4,467 kilogram ikan dengan membabitkan penyertaan lebih 100 orang.

Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan insentif tangkapan ikan bandar raya sebagai langkah mengurangkan populasi yang menjadi antara penyebab runtuhan tebing sungai dan ban kerana menebuk lubang untuk bertelur.

Pembiakan tidak terkawal ikan berkenaan turut menggugat ekosistem perairan selain menjadi pemangsa ikan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619