ADN

Skim rawatan jantung negeri bantu ringan beban keluarga kanak-kanak lelaki

19 Dis 2024, 8:27 AM
Skim rawatan jantung negeri bantu ringan beban keluarga kanak-kanak lelaki
Skim rawatan jantung negeri bantu ringan beban keluarga kanak-kanak lelaki

RAWANG, 19 DIS: Program skim rawatan jantung Kerajaan Negeri membantu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mendapatkan rawatan ke atas penyakit jantung yang dihidapi sejak lahir.

Mohamad Danish dari Country Homes di sini, hanya mempunyai tiga injap jantung berbanding normal iaitu empat.

Ibunya, Maya Sari Dewi, 48, berkata anaknya itu sudah menjalani tiga pembedahan jantung sejak dilahirkan dengan dua daripada pembedahan itu dibiayai melalui bantuan RM70,000 di bawah skim Kerajaan Negeri itu melalui Selcare Management Sdn Bhd (Selcare).

"Danish dirujuk ke IJN (Institut Jantung Negara). Pembedahan pertama dilakukan ketika dia berusia tiga bulan dan kos RM70,000 untuk pembedahan itu ditanggung IJN.

"Pada 2018, pembedahan kedua dijalankan dengan kos RM20,000 manakala pembedahan ketiga dilakukan Jun lalu menelan belanja RM50,000. Semua kos ini dibiayai melalui program skim rawatan jantung itu," katanya.

[caption id="attachment_678489" align="aligncenter" width="986"] Maya Sari Dewi menunjukkan foto Mohamad Danish yang menjalani pembedahan sebanyak tiga kali sejak lahir berikutan mempunyai hanya tiga injap jantung berbanding empat. Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat menziarahi kanak-kanak itu.[/caption]

Maya Sari berkata sebelum menjalani pembedahan, Mohamad Danish mengalami kesukaran bernafas namun anaknya kini semakin aktif dan masalah pernafasan juga berkurangan.

"Bantuan kewangan Selcare ini menjadi sokongan utama untuk rawatan perubatan ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkata bantuan kewangan untuk rawatan kanak-kanak itu disalurkan melalui program skim rawatan jantung Selcare oleh Kerajaan Negeri.

"Sebelum ini ibu bapa Mohamad Danish memohon RM45,000 namun peruntukan itu ditambah RM5,000 lagi untuk rawatan susulan serta pembelian ubat-ubatan, menjadikan jumlah bantuan RM50,000," katanya yang turut gembira dengan perkembangan positif Mohamad Danish selepas rawatan terbabit.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memanfaatkan program bantuan dibawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan rendah negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619