AGENDA

Lelaki seludup 290 pokok bunga orkid bernilai RM580,000 ditahan

18 Dis 2024, 9:01 AM
Lelaki seludup 290 pokok bunga orkid bernilai RM580,000 ditahan

KOTA BHARU, 18 DIS: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki cuba menyeludup 290 pokok bunga orkid dianggarkan bernilai RM580,000 dari Thailand, selepas memeriksa sebuah lori ketika menjalankan sekatan jalan raya di Lalang Pepuyu, Tanah Merah, dua hari lalu.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan pada 6.30 petang dalam Ops Taring Wawasan Kelantan.

“..kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167), dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu beliau berkata polis merampas dua bungkus plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM72,000 ketika menjalankan sekatan jalan raya di Cabang Empat Salam, Pasir Mas, pada hari sama.

Nik Ros Azhan berkata semua dadah itu ditemukan dalam sebuah beg yang jatuh dari motosikal seorang suspek yang dikejar anggota dari Batalion 9, dalam kejadiaan 11.45 malam, bagaimanapun suspek lolos.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua bungkus plastik lutsinar berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine ditemukan dalam beg itu, dipercayai cuba diseludup dari Thailand, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619