AGENDA

Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan

16 Dis 2024, 11:56 AM
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan

KOTA BHARU, 16 DIS: Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.

Runtuhan itu menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut runtuh pada ketinggain hampir 10 meter.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat berlaku runtuhan itu kira-kira 1 tengah hari dan sepasukan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian.

"Polis telah meletakkan garisan polis di sekeliling kawasan berkenaan bagi mengelakkan orang ramai mendekati kawasan runtuhan.

"Orang ramai diminta untuk tidak berada di kawasan runtuhan sama ada untuk mengambil gambar atau melihat lebih dekat runtuhan tersebut," katanya kepada Bernama.

Seorang penduduk Che Abdullah Che Mohamad, 69, berkata runtuhan itu berkemungkinan disebabkan hakisan akibat banjir baru-baru ini.

"Jika dilihat kepada arus air yang deras saya pasti hakisan banyak berlaku di bahagian bawah hingga menyebabkan tanah atau pasir tebing dibawa arus,” katanya.

Shamsuddin Yassin, 70, yang sering beriadah di kawasan berkenaan berkata dia amat terkejut melihat kesan runtuhan itu dan berharap dapat dipulihkan dengan segera kerana boleh mendatangkan risiko terhadap bangunan lain yang terletak berdekatan tebing Sungai Kelantan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619