SELANGOR

IPR untuk semua, rentasi batas perkauman

1 Mei 2018, 9:09 AM
IPR untuk semua, rentasi batas perkauman
IPR untuk semua, rentasi batas perkauman

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 1 MEI: Pelaksanaan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dilaksanakan secara komited pentadbiran Kerajaan Selangor menjadi aspirasi terbaik kepada rakyat di negeri itu untuk mengekalkan pentadbiran sedia ada.

Calon Pakatan Harapan (PAKATAN) N17, Gombak Setia Hilman Idham berkata, keberkesanan skim turut dinikmati semua lapisan umur dan kaum di negeri berkebajikan itu.

"Tiada gunanya sekiranya negeri yang kaya, tetapi rakyat di luar terus miskin dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

"Ini yang harus kita bela dan sebab itulah IPR yang dilaksanakan Kerajaan Selangor terus menyantuni semua lapisan kaum dan agama.

[caption id="attachment_226693" align="alignright" width="431"] Hilman Idham[/caption]

"Rakyat Selangor sejak daripada lahir hinggalah di peringkat usia emas turut menikmati IPR dan kejayaan ini perlu dikekalkan agar kebajikan rakyat terus terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Makan Tengah Hari bersama masyarakat India di Seri Gombak, baru-baru ini.

Terdahulu, IPR merupakan dasar berkebajikan yang diperkenalkan Kerajaan Selangor di bawah penjenamaan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Pembangunan dasar berkenaan dimulakan di bawah tujuh teras utama dan meningkat dari semasa ke semasa melalaui fasa demi fasa.

Objektif pelaksanaan dasar berkenaan dibuat bagi memastikan hasil kekayaan negeri dikongsikan kepada rakyat menerusi program pembangunan kebajikan rakyat Selangor.

Visi IPR adalah mengutamakan kebajikan rakyat di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan ke arah mengekalkan status negeri maju menjelang 2025.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619