NASIONAL

Kunjungan Tun Daim, sokongan moral PAKATAN tawan Putrajaya

1 Mei 2018, 8:30 AM
Kunjungan Tun Daim, sokongan moral PAKATAN tawan Putrajaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 1 MEI: Kunjungan Tun Daim Zainuddin ke sebuah program ceramah Pakatan Harapan (PAKATAN) dianggap sebagai sokongan moral bekas Menteri Umno itu, kepada komponen Pembangkang.

Naib Presiden gabungn itu, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia menjadi batu loncatan terpenting kepada gabungan itu untuk terus melawan kepimpinan rasuah, di Putrajaya.

"Saya tidak tahu pun kemunculan Tun Daim malam itu (semalam), dan hanya pada saat akhir baru saya bertemu beliau.

"Tentunya saya gembira kerana beliau merupakan tokoh besar dalam negara yang pernah duduk di jawatan terpenting dalam Kerajaan juga pernah dalam Umno sekian lama.

"Kini beliau sanggup terjun bersama PAKATAN dan memberikan sokongan moral walaupun tidak secara langsung dalam parti-parti pembangkang.

"Kehadiran beliau sangat memberi sokongan kuat kepada perjuangan kami dan saya amat gembira kerana ini akan memberikan dokongan kepada saya untuk bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas hadir pada Program Kebajikan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Gombak, petang ini.

Tun Daim dilapor hadir ke ceramah umum Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) di Telok Gong Pelabuhan Klang, Kampung Bukit Kapar, Sementa, semalam.

Kehadiran Tun Daim turut dikongsikan Mohamed Azmin menerusi catatan di Twitternya, lewat malam tadi.

Ia turut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial, dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan penganalisis politik kini.

Tun Daim pernah dilantik sebagai Menteri Kabinet Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad pada 1984.

Pada 1991, beliau berundur daripada kabinet selepas merasakan ekonomi Malaysia benar-benar teguh ketika itu.

Tidak lama selepas itu, beliau dilantik semula sebagai Menteri Kewangan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31 Mei 2001.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619