AGENDA

27 pos PGA di Tumpat, Rantau Panjang, 10 balai polis tenggelam

30 Nov 2024, 7:07 AM
27 pos PGA di Tumpat, Rantau Panjang, 10 balai polis tenggelam

RANTAU PANJANG, 30 NOV: Sebanyak 27 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Tumpat dan Rantau Panjang di sini, tenggelam dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pada masa sama 10 balai polis ditutup akibat banjir.

"Semua 27 pos PGA yang kita ada tenggelam akibat banjir dan mereka (anggota) pun terpaksa menumpang di PPS di Lubok Setol.

"Sejumlah 10 balai polis yang ditutup akibat banjir adalah enam di Pasir Mas, dua di Tumpat dan dua di Kota Bharu.

"Walaupun pos PGA ditenggelami banjir, pemantauan dan aspek keselamatan terkawal. Kawalan tetap dalam keadaan baik dan kita menggunakan bot sedia ada untuk rondaan," katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau beberapa kawasan banjir di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Yusoff turut mengarahkan pihak polis supaya membuat rondaan bagi memantau kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619