AGENDA

Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang

27 Nov 2024, 3:30 PM
Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang

JERTIH, 27 NOV: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar pokok tumbang di Kampung Apal di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata polis menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Ketika sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebatang pokok kelapa tumbang melintang tengah jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Md Sani berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Noraini Muhammad Zin di talian 013-4384239.

Polis turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati terutama pada musim hujan bagi mengelakkan kemalangan, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619