AGENDA

Aaron-Wooi Yik raih gelaran pertama musim ini, juarai Masters Korea

10 Nov 2024, 11:06 AM
Aaron-Wooi Yik raih gelaran pertama musim ini, juarai Masters Korea

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Beregu lelaki negara meraih gelaran juara pertama musim ini selepas menumpaskan pasangan tuan rumah Jin Yong-Kim Won Ho pada final Kejohanan Badminton Masters Korea hari ini.

Gandingan pilihan pertama kejohanan itu bagaimanapun terpaksa bekerja keras sebelum menjuarai kejohanan berstatus Super 300 itu, untuk bangkit selepas kalah set pertama 21-23 sebelum menang 21-19, 21-14 pada set kedua dan ketiga, pada perlawanan berlangsung di Gimnasium Iksan.

Pasangan keenam dunia itu, membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah US$15,750 (RM69,020).

Kemenangan itu sekali gus membuka peluang kepada Aaron-Wooi Yik menempah slot ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.

Namun mereka perlu memastikan sekurang-kurangnya menaiki satu lagi podium di kejohanan bertaraf Super 500 Kumamoto Masters Jepun, bermula Selasa ini.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619