AGENDA

Taring, kulit, kuku harimau belang dilanggar mati dicuri

10 Nov 2024, 7:06 AM
Taring, kulit, kuku harimau belang dilanggar mati dicuri

SHAH ALAM, 10 NOV: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata polis sudah mengenal pasti pemandu lori yang dipercayai melanggar mati harimau belang yang bangkainya ditemukan dengan sebahagian anggota badan hilang dipercayai dicuri.

Beliau berkata bagaimanapun, mengenai kecurian sebahagian anggota badan itu dipercayai dilakukan pihak lain.

Menurut Nik Nazmi, kecurian atau anggota badan yang hilang membabitkan empat batang taring, kuku pada kaki, kulit ekor dan sebahagian kulit di kepala harimau berkenaan.

“Pemandu yang melanggar harimau belang telahpun dikenal pasti tetapi mengenai kecurian itu, (daripada) apa yang kita dapat maklumat, mungkin (dilakukan oleh) pihak lain.

“Kita sedang mendapatkan maklumat lanjut untuk melihat siapa bertanggungjawab,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Burung Enggang Kebangsaan di sini hari ini.

Semalam, seekor harimau belang ditemukan mati dipercayai digilis lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan hentian rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff percaya ada anggota badan atau bahagian tertentu daripada karkas itu telah dicuri seperti kulit, tulang, taring, kuku dan misai.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619