AGENDA

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan - Fahmi

8 Nov 2024, 10:30 AM
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan - Fahmi

PUTRAJAYA, 8 NOV: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di Lubnan termasuk serangan terhadap konvoi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) yang turut mencederakan anggota pengaman Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

"Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis Israel dan ini tidak boleh diterima.

"Kerajaan juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan (oleh Israel) terhadap Lubnan dan UNIFIL," katanya pada sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini.

Beliau berkata sebarang tindakan yang perlu diambil susulan serangan itu akan diputuskan oleh Kementerian Pertahanan.

Semalam, enam anggota pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida di Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 tengah hari waktu Lubnan, atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Pasukan itu, yang terdiri daripada 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat, baru sahaja tiba di Lubnan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu apabila serangan berlaku.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619