AGENDA

Wanita lemas dihanyut arus deras ketika berkelah di Sungai Sedim

2 Nov 2024, 3:00 PM
Wanita lemas dihanyut arus deras ketika berkelah di Sungai Sedim

KULIM, 2 NOV: Seorang wanita lemas selepas dihanyutkan arus deras sewaktu berkelah bersama keluarga sempena cuti Deepvali di Taman Eko Rimba, Sungai Sedim dekat sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata mangsa, A. Kasthuri, 41, lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat kepala air.

"Bomba menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada pukul 4.02 petang dan jentera pertama dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi pada pukul 4.39 petang.

"Operasi pencarian dimulakan di kawasan permukaan sekitar sungai…orang awam bersama pasukan bomba menemui mangsa pada pukul 5.50 petang di kawasan lubuk buluh, kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619