AGENDA

Disyaki pengikut ajaran sesat Ahmadi, tiga beranak diberkas

24 Okt 2024, 12:00 AM
Disyaki pengikut ajaran sesat Ahmadi, tiga beranak diberkas

SEREMBAN, 24 OKT: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak di sebuah rumah di Ampangan dekat sini semalam kerana disyaki menjadi pengikut ajaran Ahmadi Religion.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata suspek terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.

Beliau berkata pasukan penguat kuasa merampas pelbagai dokumen disyaki mempunyai kaitan dengan ajaran itu yang bertentangan dengan hukum syarak dalam serbuan pada 2 petang tadi.

"Kami turut menemukan bukti tiga beranak ini sudah berbaiah. Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah lama tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada Disember.

"Mereka juga terpengaruh dan belajar ajaran berkenaan menerusi media sosial terutamanya YouTube," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zaki berkata siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 52 dan 35 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (Pindaan 2019).

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619