AGENDA

PM hulur sumbangan kepada Isma Alif, ringan beban pulih dari angin ahmar

20 Okt 2024, 3:00 PM
PM hulur sumbangan kepada Isma Alif, ringan beban pulih dari angin ahmar

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Pelakon dan penyanyi era 1980-an Isma Alif, yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang angin ahmar pada Disember tahun lepas, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan bagi membantu proses pemulihan Isma itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.

“Saya mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Isma Alif, atau nama sebenar beliau Muhammad Latiff Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Dis 2023 kerana berada dalam keadaan kritikal serta ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619