AGENDA

SPAN bangun pelan strategik pastikan industri perkhidmatan air bebas rasuah

16 Okt 2024, 2:15 AM
SPAN bangun pelan strategik pastikan industri perkhidmatan air bebas rasuah

PUTRAJAYA, 16 OKT: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan bekerjasama dengan pihak berkepakaran untuk membangunkan satu pelan strategik khusus berkaitan tatakelola dan antirasuah industri perkhidmatan air.

SPAN dalam kenyataan memaklumkan pelan strategik itu akan merangkumi pendekatan yang bersesuaian untuk meneliti amalan, sistem atau tatacara terbaik agar industri perkhidmatan air di Malaysia bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Menurut SPAN, pelan itu antara lain memberikan fokus ke atas proses perolehan yang telus dan terbuka serta pemantapan pengawalseliaan program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan oleh pemegang lesen.

"SPAN komited untuk memastikan tindakan tegas diambil berdasarkan akta dan bidang kuasanya ke atas mana-mana individu atau organisasi yang disyaki melakukan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006) atau sebarang ketidakpatuhan peraturan semasa yang ditetapkan SPAN.

"SPAN mengamalkan 'Toleransi Sifar' terhadap amalan rasuah serta salah guna kuasa dalam industri air," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619