AGENDA

Dua remaja antara tiga lelaki ditahan bantu kes empat pelajar tahfiz hilang

13 Okt 2024, 8:45 AM
Dua remaja antara tiga lelaki ditahan bantu kes empat pelajar tahfiz hilang

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Polis menahan tiga lelaki termasuk dua remaja bawah umur di kediaman masing-masing sekitar Kuala Lumpur Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes kehilangan empat pelajar sebuah pusat tahfiz di Datuk Keramat di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hanya suspek pertama berusia 20 tahun yang dibawa ke mahkamah dan dibenarkan reman selama sehari.

“Suspek kedua dan ketiga, masing masing berusia 15 dan 13 tahun tidak direman kerana di bawah umur. Kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada 7 malam semalam setelah keterangan mereka dirakam.

“Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan keterangan daripada doktor perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kesemua pelajar tahfiz berkenaan ditemui selamat di Bangi Jumaat lalu selepas dilaporkan hilang sejak 8 Oktober, dengan mempunyai kesan kecederaan disyaki akibat penderaan dan kesalahan seksual.

Menurut Rusdi, dapatan adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan atas persetujuan keluarga kanak-kanak berkenaan di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau berkata berdasarkan keterangan awal, pelajar lelaki berusia 13 hingga 14 tahun itu mendakwa melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan di pusat tahfiz berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619