AGENSI

Jais: Tindakan tegas kepada sekolah lakukan perbuatan bercanggah Islam

13 Okt 2024, 2:00 AM
Jais: Tindakan tegas kepada sekolah lakukan perbuatan bercanggah Islam

SHAH ALAM, 13 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah swasta agama negeri ini jika didapati melakukan perbuatan yang bercanggah prinsip asas Islam.

Pengarahnya Dato' Shahzihan Ahmad berkata tindakan itu termasuk menamatkan pendaftaran dan menutup sekolah berkenaan mengikut Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 Pindaan (2001).

"Jais sekali lagi mengingatkan kepada pengurusan, pentadbir dan guru, bahawa Jais tidak akan teragak-agak menamatkan pendaftaran sekolah jika terlibat dengan penderaan serta gangguan seksual kepada pelajar.

"... atau apa sahaja bentuk perbuatan tidak wajar yang menyanggahi prinsip asas Islam. Jais juga akan mengambil tindakan menutup sekolah terlibat mengikut Seksyen 25 enakmen yang sama," katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Shahzihan  yang juga Pendaftar Sekolah Islam Selangor juga mengingatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memerhati perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa supaya kelainan sikap dan tingkah laku anak-anak yang dikesan di peringkat awal.

"Ini akan membolehkan kita mengambil langkah-langkah yang sesuai dan tepat bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk dan merosakkan masa depan pelajar.

"Mengikut Seksyen 8 enakmen, pihak sekolah swasta adalah tertakluk untuk didakwa dan mendakwa.

"Selain kes jenayah, ibu bapa dan penjaga turut boleh mendakwa dan menuntut hak anak-anak jika telah diperlakukan selayaknya untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619