SELANGOR

Siap sedia hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

7 Apr 2018, 3:34 AM
Siap sedia hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 7 APR: Revolusi Perindustrian 4.0 yang menggabungkan pelbagai teknologi baru bakal memberikan kesan kepada cara kehidupan masyarakat di masa hadapan.

Pengarah Kanan Nasional dan Penglibatan Strategik MIMOS Berhad, Mohd Mirza Mohamed Noor berkata, revolusi keempat itu akan lebih memfokuskan kepada teknologi robot, Internet of Things (IoT) bukan sahaja merevolusi perniagaan dan perkhidmatan tetapi hampir semua aspek kehidupan.

"Pada masa akan datang kita akan memiliki sebuah bandar pintar (Smart City) dengan proses automasi hasil bantuan perisian.

"Industri ini juga bakal meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara digital termasuk dalam keselamatan penjagaan rumah kita ada sistem yang boleh memberi maklum dengan cepat terus kepada kita mahupun polis jika berlaku sebarang kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan forum dalam Karnival STEM Education for the 4th Industrial Revolution di Da Men Hall Subang Jaya, semalam.

Karnival itu bersempena minggu Sains Negara Peringkat Negeri Selangor 2018 yang berlansung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 April.

Sekurang-kurangnya 40 booth daripada pelbagai organisasi termasuk universiti, pertubuhan profesional, syarikat swasta serta Persatuan Ibu, Bapa, Guru (PIBG).

Karnival itu juga salah satu inisiatif menerapkan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, and matematik (STEM) kepada pelajar bermula di peringkat sekolah untuk meneruskan era ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian keempat.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan Selangor sedia menjadi perintis Revolusi Perindustrian 4.0 sebagai paradigma baru ekonomi selaras gagasan ‘Smart State’.

Katanya, ekonomi negara perlu mendapat suntikan baru melalui ekonomi berteraskan penguasaan teknologi tinggi melului inisiatif pendidikan untuk membawa modul pendidikan TVET ke dalam arus perdana pendidikan negara.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619