AGENDA

Video tular lelaki lepas tembakan di kawasan awam adalah operasi tembak gagak

30 Sep 2024, 4:26 PM
Video tular lelaki lepas tembakan di kawasan awam adalah operasi tembak gagak

KUALA LUMPUR, 1 OKT: Rakaman video yang tular menunjukkan seorang individu melepaskan tembakan di kawasan awam di Subang Jaya dekat sini adalah operasi menembak gagak yang dianjurkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata operasi yang dijalankan pada Sabtu lalu mendapat kelulusan pihak Unit Pelesenan Senjata Api, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Beliau berkata operasi berkenaan juga telah dimaklumkan kepada orang ramai melalui notis oleh MBSJ.

"Operasi disertai 25 peserta terdiri daripada orang awam yang memiliki lesen senjata api sah dan pihak penganjur juga mengambil langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video mengenai kejadian itu yang dimuat naik pemilik akaun di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Wan Azlan berkata operasi yang diadakan bagi mengawal populasi gagak itu berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619