AGENDA

Satu lagi PPS dibuka, mangsa bah di Kedah meningkat kepada 917 orang

29 Sep 2024, 1:30 PM
Satu lagi PPS dibuka, mangsa bah di Kedah meningkat kepada 917 orang

ALOR SETAR, 29 SEPT: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar dengan jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 917 orang daripada 293 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 765 orang daripada 253 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS yang baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah di Kota Setar menempatkan 31 orang daripada tujuh keluarga, menjadikan jumlah lapan PPS beroperasi di negeri ini.

Daerah Pokok Sena masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 601 orang daripada 184 keluarga ditempatkan di empat PPS iaitu Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Dewan Serbaguna Pokok Sena, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau Mukim Derang dan Masjid Nurul Iman Batu 14 Jalan Lampam.

Di Kubang Pasu pula, seramai 285 orang daripada 102 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Changlun, Dewan Lubuk Batu dan SK Bandar Baru Darul Aman.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat 8 malam ini, paras Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap telah melepasi paras bahaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619