AGENDA

Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit

28 Sep 2024, 9:19 AM
Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit
Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit

LANGKAWI, 28 SEPT: Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata banyak inisiatif yang telah dilaksanakan menerusi rangka kerja Ekonomi Madani menunjukkan perkembangan yang baik, sekali gus menambah keyakinan pelabur.

[caption id="attachment_665424" align="aligncenter" width="761"] Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Foto BERNAMA[/caption]

"Kita melihat lonjakan dalam pelaburan, ekonomi semakin berkembang, banyak pelabur positif kepada Malaysia, (dan ini memberi) perkembangan baik kepada ringgit.

"Keluaran Dalam Negara Kasar pula tumbuh 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini, dan 5.9 peratus pada suku kedua,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pulau Tuba yang merupakan Kampung Angkat Madani dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kadar inflasi yang semakin mereda dan kadar pengangguran berada pada 3.3 peratus pada masa kini, turut mencerminkan perkembangan yang positif.

Sementara itu, mengenai Belanjawan 2025, Amir Hamzah berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara menerusi pelbagai program Ekonomi Madani.

"Kerajaan mahu kurangkan jurang sosial dan memberi lebih banyak pulangan (manfaat) kepada rakyat," katanya.

Pulau Tuba adalah satu daripada tiga Kampung Angkat Madani Kementerian Kewangan selain Kampung Batu 13 di Terengganu dan Rumah Panjang - Rumah Entebang Anak Melayang Nanga Belaie, Skrang di Sarawak.

Kampung Angkat Madani merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 bertujuan antaranya untuk mencari kaedah terbaik dalam memudah cara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung, di samping merapatkan jurang kemudahan asas dan bandar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619