AGENDA

GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum

28 Sep 2024, 1:30 AM
GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI hanya keluarkan pandangan hukum

KOTA BHARU, 28 SEPT: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) hanya akan mengeluarkan pandangan hukum mengenai GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan bukan fatwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau menjelaskan bahawa fatwa berkaitan GISBH akan diputuskan oleh setiap negeri di negeri masing-masing.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa MKI telah selesai membincangkan isu GISBH, dan hasil perbincangan itu akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

“Perkara itu akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Okt depan untuk mendapat perkenan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-41 Musim Haji 1446H di sini malam tadi.

Pada 11 Sept lepas, menerusi Op Global, polis mengadakan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan, yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619