AGENDA

Dua beranak parah selepas pokok tumbang hempap kereta, motor

18 Sep 2024, 9:15 AM
Dua beranak parah selepas pokok tumbang hempap kereta, motor

IPOH, 18 SEPT: Dua cedera parah apabila sebuah kereta dan motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan Kamunting berhampiran Taman Glen View dekat Kamunting, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 12.53 tengah hari tadi.

Beliau berkata pokok itu menghempap kereta Perodua Alza dan motosikal Yamaha Y15 yang melalui kawasan kejadian.

"Penunggang motosikal iaitu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan dipercayai anak perempuannya (berusia anggaran 15 tahun) mengalami kecederaan parah dan tidak sedarkan diri ketika bomba tiba," katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata dua daripada lima wanita yang menaiki Perodua Alza cedera ringan manakala tiga lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mereka berumur 16 hingga 35 tahun.

Beliau memaklumkan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dilakukan oleh anggota bomba dan kesemua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619