AGENDA

10 perjalanan feri Kuala Kedah-Langkawi dihenti akibat ombak besar

17 Sep 2024, 5:31 AM
10 perjalanan feri Kuala Kedah-Langkawi dihenti akibat ombak besar

ALOR SETAR, 17 SEPT: Sebanyak 10 perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihentikan hari ini berikutan keadaan ombak sekitar lima meter yang membadai perairan Kuala Kedah.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata sebanyak empat feri dari laluan Langkawi ke Kuala Kedah terlibat yang membabitkan 2,154 penumpang.

"Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada pukul 10.30 pagi serta 12 tengah hari, 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari, manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak enam feri terlibat yang membabitkan 1,791 penumpang.

"Feri yang terlibat adalah pada pukul 9.30 pagi, 10.30 pagi dan 11.30 pagi serta 12 tengah hari, 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi penumpang yang terjejas, mereka boleh menuntut bayaran balik atau menukar tarikh perjalanan dengan pihak pengurusan feri.

"Feri tambahan akan disediakan di Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis tertakluk kepada keupayaan terminal berkenaan menerima jumlah penumpang serta paras air yang selamat," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619