ADN

ADN manfaat dana Projek Selangor Penyayang baik pulih surau, pusat kegiatan masyarakat

15 Sep 2024, 10:51 AM
ADN manfaat dana Projek Selangor Penyayang baik pulih surau, pusat kegiatan masyarakat

KUALA LANGAT, 15 SEPT: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya memanfaat dana Projek Selangor Penyayang (PSP) dengan memfokus baik pulih surau dan pusat kegiatan masyarakat.

Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata projek penambahbaikan yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM250,000 turut menumpukan pembinaan kemudahan di kawasan luar sekolah.

“Kita bina kemudahan tempat menunggu di luar sekolah untuk keselesaan murid dan baik pulih pagar surau kepada pagar batu untuk elak kemasukan haiwan berbisa yang membimbangkan penduduk.

“Ada yang sudah siap, ada yang sedang berjalan melibatkan kira-kira tujuh projek dan fokus kita kepada dewan komuniti, surau dan kawasan luar sekolah,” katanya yang turut dikenali sebagai Altimet.

Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan 2024, memaklumkan RM24 juta diperuntuk bagi meningkatkan kualiti fasiliti awam dan membina prasarana baharu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RM10 juta diperuntuk bagi mengecat dan memperbaiki fasiliti pangsapuri kos rendah serta sederhana melebihi 15 tahun manakala RM14 juta diperuntuk kepada 56 DUN dengan setiap daripadanya menerima RM250,000.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619