SELANGOR

63 kawasan terjejas, MPAJ kenal pasti punca kejadian paip pecah

30 Mac 2018, 7:45 AM
63 kawasan terjejas, MPAJ kenal pasti punca kejadian paip pecah
63 kawasan terjejas, MPAJ kenal pasti punca kejadian paip pecah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 30 MAC: Bekalan air di 63 kawasan perumahan di sepanjang Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Ulu Klang ke Ampang terjejas ekoran masalah paip pecah berhampiran Dataran Ukay, pagi ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Hussain berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk lanjutan proses baikpulih secepat mungkin.

"Bekalan dijangka akan dibuka selepas kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya, namun menurut SYABAS, kita tidak dimaklumkan jangka waktu pembaikan ini.

"Namun, punca paip pecah masih tidak dikenalpasti lagi, tapi di kawasan punca terdapat projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

"Jadi kita sedang kenalpasti sekiranya kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu (menjadi punca) dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada kontraktor projek berkenaan," katanya.

Dilaporkan, kesesakan teruk hampir lima kilometer di laluan berkenaan ekoran kejadian paip pecah jam 5 pagi tadi.

Ia turut menyebabkan lorong kiri laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

Sehingga jam 9.30 pagi ini, laluan berkenaan masih dipenuhi air dan kebanyakan pengguna terpasa meredah laluan berair.

Bagaimanapun MPAJ memaklumkan, paip utama sudah ditutup sejak awal pagi ini, dan keadaan trafik mula beransur lancar sehingga jam 12 petang tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619