AGENDA

Rogol anak hingga bersalin, buruh dipenjara 72 tahun, 60 sebatan

12 Sep 2024, 11:11 AM
Rogol anak hingga bersalin, buruh dipenjara 72 tahun, 60 sebatan

KOTA BHARU, 12 SEPT: Seorang buruh hari ini dihukum penjara 72 tahun dan 60 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak, tahun lepas.

Lelaki berumur 46 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas enam pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Dia didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun ketika kejadian dan perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Manek Urai, Kuala Krai, kira-kira 1 hingga 10 pagi antara Januari hingga Oktober 2023.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Kamarul Hasyime memohon hukuman setimpal dikenakan supaya memberi pengajaran kepada tertuduh memandangkan mangsa ialah anak kandungnya.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan anak-anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan berasingan serta memerintahkan dia menjalani rehabilitasi dan kaunseling ketika berada di penjara selain pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619