AGENDA

Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam bertukar tempat, lantikan baharu

4 Sep 2024, 2:50 AM
Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam bertukar tempat, lantikan baharu

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan beberapa perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.

Ketua setiausaha negara berkata tindakan itu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam yang menuntut kepantasan dan ketangkasan dalam kepimpinan tertinggi.

Menurut Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, ia juga bagi membentuk kedinamikan sektor awam mendepani era baharu susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh perdana menteri.

"Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Madani bawah kepimpinan perdana menteri," katanya dalam kenyataan.

Berikut senarai penempatan dan pelantikan baharu jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam:

  • Datuk Lokman Hakim Ali - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan
  • Datuk Seri Isham Ishak - Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan
  • Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad - Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
  • Datuk Ruji Ubi - Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
  • Datuk Azman Mohd Yusoff - Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia
  • Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud - Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Datuk Awang Nik Jeman - Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  • Datuk Abd Shukor Mahmood - Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi - Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Seri Azman Ibrahim - Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya
  • Muhammad Razman Abu Samah - Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619