AGENDA

Paralimpik Paris: PM ucap tahniah kepada Liek Hou untuk emas pertama

3 Sep 2024, 3:37 AM
Paralimpik Paris: PM ucap tahniah kepada Liek Hou untuk emas pertama

KUALA LUMPUR, 3 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris, malam tadi sekali gus mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik Tokyo 2020.

Menerusi hantaran platform X hari ini, Anwar berkata pencapaian itu sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.

“Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619