AGENDA

Lelaki ditahan rosakkan kereta mewah bekas majikan

30 Ogos 2024, 10:54 AM
Lelaki ditahan rosakkan kereta mewah bekas majikan

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bertindak merosakkan kereta mewah bekas majikannya kerana dipecat daripada pekerjaannya, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pada Selasa lepas, polis menerima aduan daripada seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan yang mendakwa seorang individu dikenalinya telah merosakkan kereta jenis Lamborghini Urus miliknya.

“Motif perbuatan khianat ini adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat daripada pekerjaannya oleh pengadu. Suspek pernah bekerja sebagai pemandu kereta kepada isteri pengadu.

“Kerosakan yang dialami dipercayai kemek di bahagian bonet hadapan dan cermin sisi ditoreh, manakala cermin hadapan dan bumper hadapan telah pecah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek iaitu lelaki tempatan berusia 27 tahun telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan dia didapati mempunyai rekod lampau pelbagai kes jenayah, manakala keputusan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619