AGENDA

Sektor swasta diharap bantu pembangunan, prestasi atlet Olimpik Khas

29 Ogos 2024, 11:06 AM
Sektor swasta diharap bantu pembangunan, prestasi atlet Olimpik Khas

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Atlet Olimpik Khas, iaitu temasya sukan antarabangsa bagi peserta kurang upaya intelek telah berada di bawah sokongan Majlis Sukan Negara (MSN) selain atlet Sukan Olimpik, Paralimpik dan Deaflympics.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.

“Sekarang ini di bawah jagaan MSN, kita ada atlet Olimpik, Paralimpik dan Deaflympics dan kita mula sokong Olimpik Khas bermula tahun lepas. Jadi, apabila ada empat kumpulan ini, kita perlukan lebih banyak lagi dana untuk pembangunan sukan kumpulan masing-masing.

“Saya percaya dengan sokongan pihak swasta, kumpulan atlet ini akan bertambah baik dan prestasi mereka juga akan meningkat,” katanya kepada pemberita ketika acara #GolfForGood bersama Olimpik Khas Malaysia (SOM) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kebangsaan SOM Kok Lee Min.

Acara sehari #GolfForGood sempena Golf Jelajah Toyota menghimpunkan pemain golf profesional dan atlet SOM sebagai simbol perpaduan, inspirasi dan keterangkuman dalam sukan.

Hannah turut menzahirkan penghargaan kepada UMW Toyota Motor dan MST Golf Group atas inisiatif #GolfForGood dalam memupuk atlet muda Malaysia termasuk mereka yang kurang upaya menerusi Golf Jelajah Toyota.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619