NASIONAL

Pasang bahan kempen sebelum PRU14 di bawah kuasa PBT

23 Mac 2018, 2:08 AM
Pasang bahan kempen sebelum PRU14 di bawah kuasa PBT
Pasang bahan kempen sebelum PRU14 di bawah kuasa PBT

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 23 MAC: Pemasangan bendera dan bahan kempen sebelum bermulanya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukannya di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusinya,Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, tindakan terhadap pemasangan semua bentuk bahan kempen yang wujud kerana proses pilihan raya belum lagi bermula, pada masa ini.

"SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dengan mengarahkan poster atau bendera diturunkan kerana kuasa yang diperuntukkan kepada SPR hanya boleh dikuatkuasa ketika tempoh rasmi kempen pilihan raya, selaras dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Tempoh rasmi kempen pilihan raya hanya bermula pada hari penamaan calon dan berakhir pada tengah malam, sebelum hari mengundi.

"Justeru itu, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua peraturan dan undang-undang sedia ada yang ditetapkan oleh PBT dan mana-mana pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan serta keharmonian masyarakat setempat," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619