AGENDA

Andrew Goh perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak dada lelaki

21 Ogos 2024, 3:51 AM
Andrew Goh perbaharui rekod kebangsaan 50m kuak dada lelaki

KUCHING, 21 OGOS: Perenang Selangor Andrew Goh memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam acara 50 meter kuak dada lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu mencatat 28.03 saat dalam saringan ketiga acara berkenaan di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, mengatasi 28.10s yang dilakukan pada Terbuka Malaysia 2023 di Kuala Lumpur.

Catatan itu juga memadam rekod SUKMA, 28.86s oleh perenang Melaka Foong Wei Tze pada edisi 2018.

Wakil Sabah Emmanuel Loh Yung Ming mencatat 30.08s untuk tempat kedua manakala Loo Jhe Yee dari Pahang ketiga dengan 30.53s untuk layak ke peringkat akhir dijadual petang ini.

Pada Isnin, Andrew telah memperbaharui rekod kebangsaan acara 100m kuak dada dengan catatan 1:01.39s, memadam rekod lama yang juga miliknya 1:02.30s dicatatkan pada Terbuka Malaysia 2024 dan rekod SUKMA milik Wong Fu Kang 1:03.05s, pada edisi 2016.

Sementara itu, Isabelle Chiyi Buckley dari Wilayah Persekutuan melebur rekod SUKMA 50m kuak dada wanita dengan catatan 32.83s, memadam rekod milik Christina Loh 33.29s pada 2016.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619