AGAMA

Program 3K Daerah Hulu Langat 24 Mac ini

21 Mac 2018, 3:18 AM
Program 3K Daerah Hulu Langat 24 Mac ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 21 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menganjurkan Pertandingan Nasyid Kampungku 2018 sempena Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Daerah Hulu Langat.

JAIS menerusi facebook berkata, pertandingan julung kali itu bakal berlangsung di Pentas Utama Mini Stadium Batu 14, Hulu Langat pada 24 Mac (Sabtu) jam 2 petang.

Katanya, penyertaan dibuka kepada mereka berumur 13 hingga 40 tahun dengan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada lima hingga 10 orang ahli.

"Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu sama ada lagu moden atau tradisional berdurasi tidak lebih lima minit termasuk pembukaan.

"Disamping itu, lirik lagu hendaklah berunsur nilai Islam bagi tujuan memupuk semangat dakwah Islamiah, patriotik dan kehidupan sejahtera seterusnya membanteras gejala sosial serta meningkatkan nilai kemanusiaan sejagat.

"Setiap kumpulan juga dikehendaki membawa minus one dan alat muzik sendiri bagi yang menggunakan 'percussion'," katanya dalam kenyataan.

Pertandingan menawarkan hadiah menarik dengan johan bakal membawa pulang wang tunai RM800, manakala naib johan RM600 dan tempat ketiga RM400.

Oleh itu, mereka yang berminat untuk turut serta dalam pertandingan tersebut perlu mendaftar penyertaan selewat-lewatnya pada 23 Mac (Jumaat) jam 4 petang memandangkan penyertaan terhad untuk 10 terawal sahaja.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak urus setia Nasyid Kampungku di talian 03-55143579 (Pn Rosmahani) atau 03-55143505 (En Shahruddin).

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619