AGENDA

SUKMA 2024: Jing Hong lebur rekod 20 tahun lumba jalan kaki

19 Ogos 2024, 3:54 AM
SUKMA 2024: Jing Hong lebur rekod 20 tahun lumba jalan kaki

KUCHING, 19 OGOS: Atlet Wilayah Persekutuan Khor Jing Hong mencipta sensasi apabila meraih pingat emas acara 20,000 meter (m) lumba jalan kaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak hari ini.

Lebih mengejutkan, Jing Hong yang membuat penampilan pertamanya mencipta rekod baharu temasya selepas mencatatkan satu jam 34 minit 38.20 saat (s) sekali gus memadam rekod lama berusia 20 tahun milik Thiyagu Manoharan dari Perak yang mencatat 1’34:56.10s pada edisi 2004 di Negeri Sembilan.

“Saya lega kerana semalam saya sangat tertekan sebab hari pertama, acara pertama dan saya pula sasarkan emas dan pecah rekod. Jadi semua mata tengok saya.

“Tapi semalam saya ada bercakap dengan jurulatih dan itu melegakan saya untuk turun beraksi dengan tenang,” katanya ketika ditemui di sini.

Pingat perak menjadi milik wakil Pulau Pinang Sriven Tan selepas mencatat 1’38:25.43s manakala C. Teban Raj dari Selangor yang merakam 1’48:07.56s membawa pulang gangsa.

Saingan olahraga yang menawarkan keseluruhan 47 pingat emas berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619