AGENDA

Selangor ungguli kumpulan B futsal lelaki, tewaskan Perak 8-6

15 Ogos 2024, 12:37 PM
Selangor ungguli kumpulan B futsal lelaki, tewaskan Perak 8-6

KUCHING, 15 OGOS: Selangor mendahului kumpulan B acara futsal lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak selepas menewaskan Perak 8-6 dalam aksi di Stadium Tertutup Kota Samarahan di sini hari ini.

Selangor bermula garang apabila mendahului separuh masa pertama dengan keputusan 4-2 menerusi jaringan Syahir Iqbal khan Akbar Khan pada minit pertama, Muhamad Syauki Ahmad Puad (9’), Ahmed Haziq Haikal (12’) dan Zulkifli Abu Hassan Zali (18’) manakala gol Perak disumbang Abdul Hadi Muhamad Azhan (9’) serta Mohamad Amirul Aiman Mohamad Hamdan (12’).

Memasuki separuh kedua, Perak berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan Matias Danisan pada minit ke 21 dan Arif Muqri (22’) sebelum Selangor menjaringkan empat gol sekali lagi menerusi Ahmed Haziq (30’,36’,36’) dan Zulkifli (33’).

Perak kemudiannya berjaya mendapatkan dua gol pada minit akhir perlawanan sekali lagi menerusi Mohamad Amirul dan Abdul Hadi namun ia tidak cukup untuk menyekat kemenangan Selangor 8-6.

Dalam satu aksi kumpulan B menyaksikan Pahang menewaskan Johor 3-0.

Terdahulu, dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung sebelah pagi, pendahulu kumpulan A, Terengganu mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan Melaka 2-1.

Terengganu bermula goyah apabila dibolosi Melaka seawal minit kedua menerusi Muhammad Akmal Izudin untuk meletakkan pasukan Hang Tuah itu mendahului 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bagaimanapun skuad penyu berjaya bangkit pada separuh masa kedua apabila memperoleh dua jaringan masing-masing menerusi Rizal Muhammad pada minit ke-21 dan Muhammad Ikhwan (32’) untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1 berpihak kepada Terengganu.

Sementara itu dalam satu aksi kumpulan A menyaksikan Wilayah Persekutuan menebus kekecewaan tewas menentang Pulau Pinang semalam apabila meraih kemenangan tipis 7-6 ke atas Sabah.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619