EXCO

Selangor seragam perkhidmatan PBT, jangka siap dalam tempoh dua tahun

8 Ogos 2024, 1:30 PM
Selangor seragam perkhidmatan PBT, jangka siap dalam tempoh dua tahun
Selangor seragam perkhidmatan PBT, jangka siap dalam tempoh dua tahun

Oleh Yasmin Ramlan

SHAH ALAM, 8 OGOS: Selangor menyasarkan usaha memperkemas dan menyeragamkan proses penguatkuasaan seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) siap dalam tempoh dua tahun.

EXCO kerajaan tempatan berkata antara proses yang diperkemaskan termasuklah kebenaran merancang, pelesenan, perundangan dan penguatkuasaan, pengurusan kontraktor dan penyelarasan sempadan daerah.

Menurut Dato’ Ng Suee Lim proses lain termasuk pelan pengubahsuaian bangunan, buku panduan teknikal kejuruteraan, sistem penyampaian lanjutan, dan pembangunan mampan.

“Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Lembah Klang Raya dan proses ini bermula dengan empat bandar raya terlebih dahulu sebagai rintis iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya dan Klang sebelum meluas kepada lapan PBT lain.

“Saya akan memastikan pihak berkepentingan dan pembayar cukai terlibat untuk memberi maklum balas mereka, membangkitkan isu dan berkongsi pendapat mengenai proses penyelarasan PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyeragaman di bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

[caption id="attachment_656804" align="aligncenter" width="813"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim (dua, kanan) mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyeragaman di bawah Jawatankuasa Induk Majlis Pembangunan Lembah Klang Raya di Bilik Gerakan MTES, di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 8 Ogos 2024 . Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Suee Lim berkata jawatankuasa itu juga bakal menyeragamkan aplikasi semua PBT dan mengukuhkan sistem pusat sehenti bagi memudahkan rakyat dalam membuat aduan atau sebarang permohonan.

Jelasnya, jawatankuasa terbabit juga akan menyediakan kajian terperinci untuk meningkatkan kapasiti dan kecekapan berdasarkan rancangan pendigitalan PBT.

"Pelaksanaan pelan yang diperkemas ini akan menjimatkan kos, terutamanya untuk operasi penyelenggaraan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619