SELANGOR

Minta SPAN siasat keperluan SPLASH bayar pampasan kepada pengguna

13 Mac 2018, 11:42 AM
Minta SPAN siasat keperluan SPLASH bayar pampasan kepada pengguna

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 13 MAC: Suruhanjaya Perkhimatan Air Negara (SPAN) digesa menyiasat kegagalan syarikat konsesi air Selangor, Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menyelenggarakan Loji Rawatan Air (LRA) SSP3 hingga menyebabkan kerosakan sebelum membawa kepada kejadian letupan tiga pam baru-baru ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata, siasatan itu perlu dibuat bagi menentukan sama ada SPLASH perlu membayar pampasan kepada pengguna di negeri itu.

"Saya minta SPAN menyiasat punca kerosakan sistem loji itu tidak dibaiki selama lebih setahun di mana menyebabkan letupan, sama ada prosedur, adakah diselenggara dengan baik dan keperluan SPLASH membayar pampasan kepada pengguna yang terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat, Parlimen di sini, hari ini.

Jelasnya, sebagai pemegang konsesi SPLASH harus mengambil tanggungjawab terhadap kejadian bekalan air yang mengakibatkan kerugian kepada pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan peniaga.

Katanya, hal ini dapat dilihat apabila SPLASH juga boleh dianggap cuai kerana tidak membaiki kerosakan tiga pam yang rosak sejak 2016 lagi.

Katanya lagi, SPLASH bukan sahaja tidak memaklumkan status terkini kerja pembaikan kepada Kerajaan Negeri, malah lebih membimbangkan lagi SPLASH juga tidak mempunyai pelan sokongan dalam mengendalikan kejadian kecemasan.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619