PBT

Parkir percuma antara tawaran menarik sempena ulang tahun MPKS

2 Ogos 2024, 8:18 AM
Parkir percuma antara tawaran menarik sempena ulang tahun MPKS
Parkir percuma antara tawaran menarik sempena ulang tahun MPKS

SHAH ALAM, 2 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawar pelbagai inisiatif menarik bermula 1 Ogos hingga 16 September ini sempena ulang tahun ketiganya.

MPKS memaklumkan antara tawaran adalah parkir percuma di seluruh kawasan pentadbirannya dan potongan penuh Notis E dan Waran F cukai taksiran pada 7 Ogos ini.

"Selain itu, pengurangan 50 peratus bayaran kompaun pelbagai bagi semua kesalahan di bawah undang-undang yang diguna pakai MPKS bermula 7 Ogos hingga 16 September.

“Tawaran pengurangan ini turut meliputi bayaran RM10 kompaun letak kereta sebelum tindakan mahkamah dikenakan bermula 10 Ogos hingga 30 September ini,” katanya di Facebook.

Menurut MPKS, pelancong yang berkunjung ke Bukit Malawati dan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan bermula 1 hingga 7 Ogos turut mendapat potongan tiket 25 peratus.

"MPKS turut membuat agihan pulut kuning pada 9 0gos di lima masjid terpilih selepas solat Jumaat sebagai tanda kesyukuran meraikan sambutan ulang tahun ini," tulisnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619