AGENSI

KHSB: Tuduhan mesyuarat di luar negara 'fitnah jahat, tidak logik'

31 Jul 2024, 8:13 AM
KHSB: Tuduhan mesyuarat di luar negara 'fitnah jahat, tidak logik'

SHAH ALAM, 31 JULAI: Laporan yang menggambarkan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) ke luar negara semata-mata untuk mesyuarat lembaga pengarah adalah fitnah berniat jahat dan tidak logik.

Dalam kenyataan, agensi negeri itu menegaskan pihaknya kekal profesional dan komited terhadap prinsip ketelusan, integriti serta menyokong amalan tadbir urus korporat terbaik dalam operasinya.

"Perlu ditegaskan mesyuarat lembaga pengarah yang dicadangkan di Perth, Australia dari 23 hingga 27 Ogos 2024 salah satu cadangan dalaman yang belum mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KHSB.

"Sekiranya dilaksana, ia sebahagian daripada delegasi teknikal hakiki syarikat iaitu pembangunan perumahan dan hartanah, termasuk inovasi terkini yang berkembang pesat," kata KHSB hari ini.

Syarikat itu turut berharap setiap organisasi media mengekalkan tahap profesional dan beretika dengan membudayakan semakan silang sebelum menerbitkan sebarang berita.

Jelasnya, keperluan berlaku adil kepada masyarakat dan pembaca selaku pemegang taruh utama penting, sesuai dengan peranan media sebagai 'fourth estate' dalam mana-mana negara bertamadun.

Semalam, portal MalaysiaNow melaporkan ahli lembaga pengarah KHSB dan Central Spectrum Sdn Bhd akan bermesyuarat di Perth, yang turut disertai Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dakwa portal itu lagi, rancangan lawatan tersebut berbeza dengan amalan sebelum ini, iaitu mesyuarat lembaga pengarah hanya diadakan dalam negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619