AGENDA

Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara

31 Jul 2024, 1:36 AM
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.

Turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM juga berkenan menzahirkan sanjungan tinggi terhadap pengorbanan wira negara yang menjaga keamanan dan ketenteraman tanpa mengira masa.

"Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang," titah Seri Paduka Baginda berdua menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan hari ini.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga menzahirkan ucapan takziah kepada pahlawan dan perwira tanah air yang terkorban semasa bertugas.

"Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619