AGENSI

Program latihan penjagaan kanak-kanak buka peluang suri rumah jana pendapatan

22 Jul 2024, 1:00 PM
Program latihan penjagaan kanak-kanak buka peluang suri rumah jana pendapatan

SHAH ALAM, 22 JULAI: Program Iltizam Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IMPAK) dikendalikan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) membantu suri rumah menjana pendapatan sebagai pengasuh.

Pengurus Besarnya Gan Pei Ni berkata IMPAK turut menjadi ruang buat mereka membina kerjaya selain mengasah bakat melalui kursus berkaitan perkembangan awal kanak-kanak.

“Bidang pengasuhan sudah menjadi sektor pekerjaan dalam kalangan suri rumah dan kaum wanita, boleh jana sumber pendapatan untuk wanita yang berada di rumah.

“Yawas menggunakan sistem guna inovasi dan teknologi untuk memberi kemudahan ibu bapa atau penjaga mendapatkan perkhidmatan pengasuh yang menjalani kursus ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan HAI SELANGOR di saluran SelangorTV hari ini.

Menurutnya, Yawas turut menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Universiti Selangor (Unisel) bagi melaksana program latihan itu.

“Kerjasama turut melibatkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berkongsi tentang akta, undang-undang berkaitan penjagaan kanak-kanak.

“Kita juga bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Malaysia untuk kita beri kita pendedahan tentang nutrisi makanan dan penjagaan kesihatan bayi,” ujarnya.

Jelas beliau, setiap 200 peserta yang terpilih menjalani Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak (KIPK) secara percuma turut berpeluang menerima geran bernilai RM2,000 setiap seorang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619