AGENDA

Istiadat Pertabalan Agong, cuaca esok diramal baik sepanjang hari

19 Jul 2024, 10:09 AM
Istiadat Pertabalan Agong, cuaca esok diramal baik sepanjang hari

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik sepanjang hari di ibu negara esok, iaitu pada hari berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Berdasarkan laporan ramalan cuaca yang dipaparkan di laman sesawang MetMalaysia hari ini (setakat 4.30 petang), tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi, petang dan malam bagi seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Suhu minimum dijangka pada 24 darjah Celsius, manakala suhu maksimum mencecah sehingga 34 darjah Celsius.

Dalam tempoh kurang tempoh 24 jam seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara, apabila Sultan Ibrahim akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Balairung Seri Istana Negara, pagi esok.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas,

Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619